Blog Archive

Friday, May 8, 2015

REVISI TITAS (TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA) BAB 4





Bahagian B: Soalan Struktur

 1.Nyatakan 4 kesan penyebaran Hindu–Buddha di Asia Tenggara 

(i) Politik—kemaharajaan dan peranan sami
(ii) Kesenian—seni Melayu berunsur Hindu–Buddha
(iii) Semangat Kepulauan Melayu– nasionalisme
(iv) Pemikiran rasional dan intelektual
(v) Perkembangan pesat bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu
(vi) Tradisi pendidikan–keindiaan
(vii) Pengaruh Hindu–Buddha dan perundangan
(viii) Penduduk setempat menjadikan Hindu–Buddha sebagai budaya dan amalan hidup

2.Nyatakan 4 kepentingan bahasa Sanskrit dalam tamadun Melayu pra-Islam 

(i) Bahasa intelektual dan sarjana
(ii) Pentadbiran dan ilmu pengetahuan
(iii) Bahasa undang-undang dan hukum adat
(iv) Agama, bahasa harian dan kesusasteraan
(v) Merakam doa sebelum pelayaran
(vi) Mengislahkan masyarakat zaman dahulu
(vii) Inskripsi dan batu bersurat

3.Nyatakan 4 peranan raja dalam Kerajaan Melayu di Asia Tenggara
(i) Ketua pemerintah kerajaan yang berdaulat
(ii) Ketua turus tentera
(iii) Penjaga keamanan
(iv) Ketua agama dan adat
(v) Pengawal undang-undang
(vi) Pengurus ekonomi negara
(vii) Penaung kesenian dan kesusasteraan

Bahagian C: Soalan Esei 

1.Bagaimanakah dapat anda menjelaskan bahawa Islam membawa budaya dan agama dengan ciri-ciri yang tersendiri ke India pada zaman perluasan kuasanya?

Point-point

(i) Agama Islam mengajak manusia menyembah Allah yang Masa Esa + huraian
(ii) Islam menganjurkan persamaan taraf antara sesama manusia + huraian
(iii) Islam melarang penindasan berlandaskan kaum mahupun jantina + huraian
(iv) Islam menggalakkan perkembangan ilmu + huraian
(v) Islam menganjurkan kebersihan zahir dan batin + huraian

2.Tamadun Islam di India mencapai tahap yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Nyatakan sumbangan tamadun India dalam bidang ini. Huraikan sumbangan tamadun India dalam bidang ini.

Point-point

(i) Matematik-angka sifar atau kosong telah dijumpai dalam tamadun ini + huraian
(ii) Astronomi-perkenal Ganitam untuk mendalami bidang astronomi + huraian
(iii) Membangunkan ilmu algebra + huraian

intense database