Blog Archive

Friday, May 8, 2015

REVISI TITAS (TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA) BAB 6



Bahagian B: Soalan Struktur

1
(a) Tiga kepentingan dialog peradaban di Malaysia 

(i) Mewujudkan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum
(ii) Mengenal pasti nilainilai positif yang dikongsi bersama ke arah pembentukan jati diri Malaysia (iii) Menangani isu-isu sensitif antara kaum secara terkawal dan berhikmah

(b) Tiga langkah yang boleh diambil bagi mengembangkan dialog berkenaan

(i) Peranan media massa misalnya menjadikan kursus dialog peradaban sebagai mata pelajaran wajib di semua IPTA dan IPTS.
(ii) Peranan media massa dan media elektronik dalam menghidupkan dialog peradaban.
(iii) Polisi kependudukan seharusnya mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

2
 (a) Jihad bermakna perjuangan, iaitu perjuangan mempertahankan kesucian dan keselamatan agama serta negara Islam. Jihad juga bermaksud perjuangan menentang sebarang bentuk kemungkaran dan menegakkan kebenaran. Jihad besar ialah jihad melawan hawa nafsu. Jihad kecil ialah berperang ke jalan Allah SWT bagi mempertahankan kesucian Islam daripada dinodai dan negara Islam daripada dicerobohi. 

 (b) Tiga langkah yang berkesan bagi menghilangkan salah tanggapan:

(i) Memantapkan sistem pendidikan umat Islam
(ii) Mempertingkat dan memperluas kegiatan dakwah
(iii) Mewujudkan dialog antara peradaban

Bahagian C: Soalan Esei

1
(a) Tiga bentuk cabaran utama yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia ialah 

(i) Kolonialisme baharu + huraian
(ii) Globalisasi + huraian
(iii) Hegemoni Barat + huraian

 (b) Langkah praktikal mengatasinya:

(i) Dialog peradaban + huraian
(ii) Mantapkan perpaduan dalam kalangan dunia Islam + huraian
(ii) Kerjasama lebih erat antara masyarakat tamadun Islam dan tamadun Asia + huraian

 2 Kesan negatif program-program realiti ala Barat ke atas golongan remaja di negara Islam 

(i) Terpengaruh dengan budaya hedonisme Barat + huraian
(ii) Mengakis nilai-nilai akhlak mulia dan agama + huraian
(iii) Pergaulan bebas dan masalah sosial + huraian+ huraian
(iv) Memupuk nilai materialistik dan keduniaan semata-mata
(v) Hilang arah tuju serta jati diri Muslim + huraian

 3 Langkah-langkah yang boleh diambil umat Islam dalam memanfaatkan fenomena globalisasi masa kini khususnya dalam aspek penyebaran dakwah Islamiah. 

(i) Memanfaatkan Internet untuk penyebaran dakwah Islam + huraian
(ii) Membentuk halaqah-halaqah ilmu secara maya + huraian
(iii) Mengadakan forum dan dialog antara agama dalam blog dan facebook + huraian
(iv) Meluaskan ilmu pengetahuan serta memperbahurui teknik berdakwah + huraian
(v) Melebarkan persaudaraan Islam dengan masyarakat islam di seluruh dunia + huraian

intense database