Blog Archive

Friday, May 8, 2015

REVISI TITAS (TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA) BAB 1



Image result for titas
                                haha n_n






1.Persamaan dan perbezaan sesebuah tamadun terletak kepada kriteria dan ciri-ciri yang dimiliki. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan:

 (a) Empat kriteria masyarakat bertamadun mengikut pandangan sarjana Islam dan Barat

 (i) Petempatan kekal
(ii) Kehidupan beragama
(iii) Urbanisasi
(iv) Kemajuan teknologi

 (b) Dua ciri persamaan antara tamadun dalam aspek institusi keagamaan

(i) Mempunyai institusi keagamaan
(ii) Berperanan sebagai pusat ibadah dan upacara keagamaan

 (c) Dua ciri perbezaan antara tamadun Islam dengan tamadun India/Hindu dalam aspek sosial

Kedudukan Manusia

Perspektif Islam (i) Sama rata (ii) Mempunyai hak dan tanggungjawab yang tersendiri
Perspektif India (i) Sistem kasta (ii) Perkahwinan antara kasta tidak dibenarkan

Kedudukan Wanita

Perspektif Islam (i) Wanita kematian suami boleh berkahwin semula (ii) Berhak menerima pusaka
Perspektif India (i) Wanita kematian suami terpaksa menjalani upacara sutti (ii) Tidak berhak ke atas harta pusaka

 2.Kebangkitan dan keruntuhan sesebuah tamadun banyak bergantung kepada masyarakat.
  Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan 5 faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun

 Lima faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun

 (i) Kedudukan yang strategik
 (ii) Politik yang kukuh
 (iii) Rangsangan daripada keagamaan
 (iv) Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai murni
 (v) Kesengsaraan hidup

 Bahagian C: Soalan Esei(pilihan jawab satu soalan sahaja)

 1.Bincangkan faktor pembentukan dan perkembangan sesebuah tamadun dan relevansinya dengan pembinaan tamadun Malaysia

Point-point  Faktor pembentukan dan perkembangan sesebuah tamadun dan relevansinya dengan pembinaan tamadun Malaysia

(i) Membentuk pandangan semesta tamadun Melayu + huraian
(ii) Membangun kemajuan berteraskan kepada agama dan kepercayaan + huraian
(iii) Menggalakkan kemajuan ilmu pengetahuan sebagai asas ketamadunan + huraian
(iv) Mengutamakan gerakan kemerdekaan + huraian

2.Bincangkan peranan agama dan kepercayaan dalam pembentukan sesebuah tamadun

Peranan agama dan kepercayaan dalam pembentukan sesebuah tamadun
(i) Membentuk pandangan semesta tamadun + huraian
(ii) Memberi panduan ke arah melahirkan masyarakat bertamadun + huraian
(iii) Membangunkan sistem kehidupan yang sesuai dengan fitrah manusia + huraian
(iv) Melahirkan masyarakat yang berakhlak + huraian

3.Bincangkan ciri-ciri asas yang membezakan antara sesuatu masyarakat bertamadun dan tidak bertamadun

Ciri-ciri asas yang membezakan antara sesuatu masyarakat bertamadun dan tidak bertamadun
(i) Agama dan kepercayaan sebagai asas pembentukan + huraian
(ii) Mengutamakan perkembangan keilmuan + huraian
(iii) Berusaha menegakkan kebaikan dan mencegah keburukan + huraian
(iv) Menegakkan keadilan dalam masyarakat dan negara + huraian

intense database