Blog Archive

Monday, May 4, 2015

Asas pembentukan keluarga bahagia in English(About builiding a happy family)

Malay version made by: Anonymous
Translated by: me




Asas pembentukan keluarga bahagia
The fundamentals to build  a happy family

PEMBENTUKAN bangsa yang kuat banyak bergantung pada institusi keluarga yang kukuh dan tidak berpecah-belah. Jika institusi keluarga semakin rapuh kekuatan bangsa juga turut terancam.
Kekuatan sesebuah keluarga mesti diasaskan dengan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri serta hubungan keluarga yang mesra.

THE ESTABLISHMENT of strong nation depends on a strong family institution and not split. If the family institutions are getting fragile, it might also threaten the nation. The strength of a family must be based on love and affection between husband and wife and family warm relationship.

Institusi keluarga yang kukuh dan harmoni diasaskan daripada kasih sayang, cinta dan keserasian yang akhirnya disatukan melalui perkahwinan yang sah.
 Keluarga adalah inti peradaban.
Memiliki banyak keluarga menjadikan asas kepada kekuatan bangsa dan keturunan.

Strong institutions and a harmonious family founded on the compassion, love and harmony that finally united through marriage. A family is the basis of civilization. Families have made the basis of the strength in civilization and race.

 Islam sangat menitikberatkan asas pembentukan keluarga bahagia dan cemerlang.
 Pembentukan ini bermula dengan iman, akidah dan ketakwaan di kalangan pasangan suami dan isteri.
Justeru, seorang ayah, ibu, anak dan ahli keluarga akan hidup aman dalam sebuah rumah tangga bahagia.
Jurai keturunan keluarga akan menjadi bertambah kukuh apabila lahirnya keturunan yang menjadi kesinambungan sesebuah keluarga.

Islam strongly emphasizes the basis of a happy and prosperous family. This establishment begins with faith, belief and piety among husband and wife. Thus, a father, mother, child and family members will live in peace in a happy home. Family ancestry will be strengthened when the birth of offspring becomes a continuation of a family.

Masalah sosial remaja pada masa kini salah satu puncanya adalah keretakan dan perceraian di kalangan suami isteri.
 Ibu bapa yang bercerai akan menyebabkan anak- anak menjadi mangsa dan mencari jalan penyelesaian sendiri.
 Ibu atau bapa yang bercerai tidak dapat lagi memainkan peranan ke arah pendidikan anak-anak.
Banyak faktor menyebabkan keruntuhan institusi keluarga atau perceraian masa kini.

Teenage social problem nowadays is one of the causes of flaws and divorce among married couples. Parents who divorce will lead the children of becoming the victims of divorce and find a solution themselves. Parents who divorce can no longer play a role in their children's education. Many factors led to the collapse of the family institution or a divorce nowadays.

Antaranya, kewujudan orang ketiga di kalangan pasangan, peningkatan kos hidup, ramai kalangan isteri bekerja menyebabkan rumah tangga terabai dan tiada rasa cinta serta persefahaman antara suami isteri.
Kesan daripada perceraian ini, anak-anak yang meningkat remaja akan mencari jalan penyelesaian sendiri dengan meluahkan rasa hati kepada rakan sebaya.
 Apabila tersilap pilih rakan sebaya bermasalah, mereka akhirnya terjebak dengan mula mendampingi rokok diikuti penyalahgunaan dadah, mengikut gaya hidup bebas dan terjebak dengan seks bebas yang akhirnya merosakkan masa depan mereka.

Among other things, the existence of a third person in the marriage, the rising cost of living, many of the working wives led families neglected and no sense of love and understanding between husband and wife. The effects of divorce, as the children becoming teenagers will find a solution with their own expression of feelings to their peers. When they are mistakenly choosing peer, they finally caught up with the first approach that followed by cigarette drug abuse, leading to a bad lifestyle and trapped with free sex that eventually ruin their future.

 Masyarakat sering menyalahkan remaja berkaitan masalah sosial. Ada pihak mengatakan masalah itu timbul kerana ibu bapa tidak memainkan peranan sebenar.
Ibu bapa pula sukar menerima hakikat bahawa mereka punca masalah yang berlaku pada anak-anak dan keluarga.
Kajian menunjukkan anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun mudah menerima didikan ibu bapa.
 Sementara kanak-kanak yang mulai meningkat remaja iaitu mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun mudah menerima pengaruh rakan sebaya.

Society often blames teenagers related to social problems. Some say the problem arises because the parents do not really play their roles. Parents are also difficult to accept that they are the cause of problems that occur towards their children and families. A research shows that children aged 7 to 12 years old easily accept the guidance of parents. While children which begin to grow of those aged 13 to 17 years old easily accept the influence of peers.

 Dalam proses pendidikan, ibu bapa masih memainkan peranan penting mendidik anak-anak dan tidak membiarkan anak-anak dipengaruhi rakan sebaya.
Asas kasih sayang sebenarnya bermula dengan belaian ibu bapa.
Anak-anak perlu disemai dengan sifat tanggungjawab.

In the guidance process, parents still play an important role in guiding children and do not let children affected by the peers. Basic affection began with the compassion from the parents. Children need to be nurtured with responsibility.

Mereka juga perlu berdikari, dididik dengan sifat amanah dan hormat-menghormati, membina maruah dan martabat diri, membina budaya mencintai ilmu, menyuburkan sifat kreativiti, belajar berjimat cermat, tidak membuang masa dengan sia-sia, belajar menjaga keselamatan diri, dan mengetahui tentang dunia teknologi maklumat.
They also need to be independent, educated with honesty and respect, build dignity and self-worthy, build a culture to love knowledge, encourage creativity, learn about saving money, do not waste time in vain, to learn to keep themselves safe, and find out about the world information technology.

Ini sesuai dengan saranan Sayidina Umar bin Khattab supaya mendidik anak-anak mengikut zamannya.
 Sementara menurut tokoh pendidik Khurshid Ahmad, jatuh bangun sesuatu umat bergantung kepada pendidikan kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan.
Apabila ibu bapa atau orang tua sudah tidak mampu menjaga anak, negara akan menghadapi kesulitan menjaga anak itu di jalanan.

This followed with the recommendations of Umar bin Khattab to educate children according to age. Meanwhile, according to figures educators as Khurshid Ahmad, the changes of a nation depends on education for the main way towards the preparation of the future is education. When a parent or parents are unable to care for the child, the country will have trouble on keeping the child in the street.
 Ini membawa maksud anak-anak yang terjebak dalam pelbagai gejala sosial seperti terlibat dengan penagihan dadah, seks bebas, pelacuran dan pembuangan bayi akhirnya membebankan dan menjadi tanggungjawab negara.
Justeru, kerajaan sedar anak-anak itu fitrah, ibarat kain putih.

This means children who are caught up in a variety of social ills such as  involved with drug addiction, free sex, prostitution and abandoned babies eventually become a burden and responsibility of the state.
The government is aware that the nature of the children is like a white cloth. (clean slate).

Langkah kerajaan melalui pembangunan modal insan dengan memperuntukkan RM91 juta untuk pembangunan modal insan bagi memperkasa pendidikan di peringkat kanak-kanak, peringkat rendah dan menengah serta menjadikan hidup rakyat lebih sejahtera adalah langkah awal bagi mengatasi masalah ini.
Kekuatan dan asas pembangunan keluarga bahagia dan seimbang banyak terletak pada keimanan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.
The government already allocating RM91 million for the development of human capital to strengthen education in childhood, primary and secondary levels as well as making people more prosperous life is the first step to address this issue. The strength and foundation of a happy and balanced developments  lies in faith of a marriage
 Ini dijelaskan Nabi s.a.w. dalam sabdanya: “Sesiapa yang menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara.
Hendaklah dia bersilaturahim (berhubungan baik dengan keluarganya) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluaskan rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke syurga yang dijanjikan-Nya.” (Riwayat Ar Rabii’)
Oleh itu, perbaiki hubungan baik di kalangan keluarga iaitu antara suami isteri, anak-anak dan keluarga terdekat. Hubungan baik dibina dengan kasih sayang dan tunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak dengan memberikan pendidikan akhlak, keimanan dan pendidikan dunia dan akhirat.
 Justeru, membesarkan anak bukan tugas mudah. Anak-anak adalah penghias sesebuah rumah tangga.
Tanggungjawab mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa.


It described the Prophet Muhammad SAW  in his saying: "Whoever guarantees me one thing, I assure him four things. He must make a good relationship (on good terms with his family) his family would surely love him, expansion of livelihood, lives longer and be admitted to heaven that he promised. "( Al Rabii ') Therefore, maintain good relations in the family, between husband and wife, children and nearest relative. Good relationship built with love and fulfill our responsibility as parents to provide their children with moral education, faith and the knowledge of world and the hereafter. Thus, raising a child is not an easy task. Children are the adornments of a family. The responsibility to educate children is the responsibility of parents. 

intense database