KAMPUNG
SEKINCHAN
3.1 Pengenalan
Sekinchan adalah sebuah pekan kecil
yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di sepanjang laluan
pantai Persekutuan 5 antara bandar-bandar Sabak Bernam dan Tanjung Karang.
Selain itu, Sekinchan juga telah menjadi sebuah perkampungan nelayan yang
meriah. Sekinchan adalah salah satu kawasan pengeluar utama beras Malaysia.
Sawah padi yang luas, dengan pengairan yang teratur di sekitar Sekinchan
menghasilkan salah satu daripada hasil tertinggi beras di negeri Selangor ini.
Sekinchan juga salah satu tempat yang sering dilawati oleh ramai pelawat untuk
makanan laut yang segar dari laut. Ia juga menarik pengunjung dari Kuala Lumpur
dan Ipoh. Terdapat beberapa pengilang padi di kawasan di mana beras keluaran
tempatan boleh dibeli.
3.2 Para Penduduk di Kampung Sekinchan
Merujuk kepada Laman Web Rasmi
Majlis Daerah Sabak Bernam, terdapat seramai 23, 630 para penduduk di seluruh
Sekinchan. Sebahagian besar daripada bilangan para penduduk di Sekinchan ialah
masyarakat Cina manakala masyarakat Melayu dan masyarakat India boleh
diklasifikasikan dalam kelompok minority. Walaupun masyarakat Cina di[1]Sekinchan
adalah majority tetapi mereka hidup bersama, berbilang kaum dengan masyarakat
Melayu dan masyarakat India yang minority.
Masyarakat Cina di kampong Sekinchan
sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai pesawah dan nelayan. Terdapat segelintir daripada masyarakat
Melayu juga bekerja sebagai pesawah bersama dengan masyarakat Cina. Sejarah
mengatakan bahawa sebahagian masyarakat Cina dari Pahang dan Kedah berimigran
ke Sekinchan untuk menanam padi dan mencari penempatan baru. Hasil padi di kampong Sekinchan merupakan
hasil beras yang tertinggi di negeri
Selangor. Manakala, hasil laut yang segar menarik perhatian para pengunjung ke
Sekinchan untuk menikmati makanan laut. Di Sekinchan juga terdapat banyhak
restoran Seafood yang dimiliki oleh
masyarakat Cina.
Masyarakat Melayu di kampong
Sekinchan bekerja sebagai pesawah dan ada juga memiliki gerai makanan di kawasan dalaman kampong Sekinchan.
Walaupun masyarakat Melayu merupakan salah satu golongan minority di kampong
Sekinchan tetapi terdapat sebuah masjid untuk mereka. Selain daripada itu,
golongan minority yang lain ialah
masyarakat india. Masyarakat India di Sekinchan tidak ramai. Walaupun golongan
yang kecil tetap dilihat membuka restoran makanan di sekitar Sekinchan.
Terdapat juga sebuah kuil kecil di luar kampong Sekinchan untuk mereka[2].
3.3Etnik-etnik Cina di Kampung Sekinchan
Terdapat 4 etnik
Cina di kampong Sekinchan iaitu Teochew, Kantonis, Hakka dan Hokkien. Kami
dapat informasi daripada Encik Wong Ah Chia, setiausaha YB bahawa setiap etnik
mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan kerja semasa mereka. Golongan etnik Teochew didapati ramai di
kampong Sekinchan kerana budaya mereka lebih kepada pantai atau laut. Etnik
Teochew ramai yang bekerja sebagai nelayan di China. Tradisi ini telah dibawa
ke Sekinchan oleh nenek moyang mereka. Ini ialah salah satu sebab ramai
masyarakat Cina yang beretnik Teochew ramai dan bekerja sebagai nelayan di
kampong Sekinchan ini.
Tambahan pula,
Hokkien juga salah satu etnik Cina yang ramai di kampong Sekinchan ini. Asal
usul etnik Hokkien ini menunjukkan bahawa mereka ialah golongan peniaga.
Golongan Hokkien ini merupakan peniaga yang sentiasa mengharapkan keuntungan.
Di Sekinchan juga terdapat banyak gerai atau kedai yang dimiliki oleh
masyarakat Cina. Terdapat sebuah restoran Hokkien yang terkenal di sekitar
kampong tersebut.
Selain itu,
golongan etnik Kantonis dan Hakka tidak ramai di kampong Sekinchan tetapi kami
juga dapatkan informasi tentang asal usul etnik tersebut. Golongan etnik Hakka
merupakan golongan yang menghasilkan kopi. Mereka mahir dalam bidang tersebut.
Manakala golongan etnik Kantonis pula merupakan golongan petani. Mereka
terlibat dalam bidang pertanian seperti pesawah. Tetapi di kampong Sekinchan
ini etnik-etnik tersebut bekerjasama menghasilkan padi tanpa mengira etnik
masing-masing.[3]
[1]http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabak_Bernam,
13 April 2015
[2]http://www.mdsb.gov.my/, 13
April 2015
[3] Encik Wong Ah Chia, Setiausaha Wakil Rakyat Sekinchan, 14 Mac 2015