BAB 5: PENUTUP
5.1 KESIMPULAN
Secara
kesimpulannya, penduduk-penduduk di Sekinchan tidak mengamalkan budaya
diskriminasi sesama kaum mereka yang terdapat di situ. Hal ini kita dapat lihat
melalui tokong yang dikatakan telah berusia lebih 100 tahun, terdapat Entiti
yang disembah dikatakan seorang Haji berbangsa Melayu. Melalui kajian yang kami
dapati, di dalam tokong tersebut dipercayai
mereka menyembah Haji yang berketurunan orang Melayu kerana dipercayai
pada zaman dulu punya cerita, Haji ini telah banyak berbuat jasa kepada
penduduk-penduduk di Sekinchan ini. Oleh yang demikian, penduduk-penduduk di
Sekinchan ini akan selalu datang ke Tokong untuk membuat hajat serta
mengucapkan terima kasih untuk sesuatu perkara. Melalui pemerhatian yang kami
dapati juga, ‘Patung Haji’ yang disembah itu berpakaian baju Melayu serta
bersongkok(sila rujuk di Lampiran A). Selain Haji yang terkenal di tokong yang
berdekatan dengan Pantai Redang ini, terdapat juga sebuah pokok yang dikenali
sebagai ‘Pokok Hajat’ di luar tokong tersebut. ‘Pokok Hajat’ ini berfungsi
sebagai untuk menyampaikan hajat mereka. Mereka akan membaling hajat mereka
yang berbentukkan syiling ke atas ‘Pokok Hajat’ tersebut(sila rujuk di Lampiran
B).
5.2 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
Bagi
menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa haruslah memainkan peranan yang
penting dalam membasmi pembuangan sampah
secara berleluasa ini. Selain itu, penduduk di situ juga haruslah
sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong secara kerap bagi mengelakkan
pembiakan nyamuk AEDES yang kini makin berleluasa di kawasan kejiranan
tersebut. Hal ini bukan sahaja memburukkan pandangan di tempat tersebut, malah
faktor kesihatan mereka juga dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Aktiviti
bergotong-royong sebegini haruslah selalu dipupuk supaya Sekinchan sentiasa
berada di dalam keadaan yang bersih, memandangkan tempat itu seringkali
dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan dalam. Seterusnya, bagi pihak yang
tidak bertanggungjawab dalam membuang sampah secara merata-rata ini juga,
haruslah dikenakan tindakan seperti denda berbentuk wang. Melalui cara ini,
pasti di kalangan mereka akan mengurangkan perbuatan yang tidak
bertanggungjawab ini dan melalui cara sebegini juga dapat melatih mereka supaya
membuang sampah dalam keadaan yang teratur.