KATA PENDAHULUAN
“Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih dan Penyayang”
Segala
puji-pujian ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan
keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang
dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya.
Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu
adalah pesuruh-Nya.
Kami telah memilih tajuk
“Interaksi Antara Tamadun Tertumpu Kepada Masyarakat Cina Hokkien di Sekinchan,
Selangor”. Ia satu tajuk yang dapat dikupas kepada beberapa segi kerana
terdapat budaya dan tradisi yang menarik boleh kita kaji apabila masyarakat
Hokkien ini bertembung dengan tamadun lain dan budaya serta tradisi kaum-kaum
yang lain. Cara hidup serta interaksi antara tamadun ini kami dilampirkan
bersama bagi tujuan rujukan dan maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk ini.
Cadangan untuk menyelesaikan beberapa isu di Sekinchan kami sertakan sekali
juga.
Kami
berharap segala maklumat, pengetahuan dan buah fikiran yang kami kongsikan ini
memberi manfaat kepada pembaca. Sekian, Terima Kasih.