Monday, April 27, 2015

Endocentric vs Exocentric

Endocentric is a compound with a head

Exocentric is a compound without a head

Example of Endocentric

Caveman,dogfood

Example of Exocentric

Butterfly,Greenbottle(a kind of a fly)

Friday, April 10, 2015

Contoh Penutup Kerja Kursus

BAB 5: PENUTUP

5.1 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penduduk-penduduk di Sekinchan tidak mengamalkan budaya diskriminasi sesama kaum mereka yang terdapat di situ. Hal ini kita dapat lihat melalui tokong yang dikatakan telah berusia lebih 100 tahun, terdapat Entiti yang disembah dikatakan seorang Haji berbangsa Melayu. Melalui kajian yang kami dapati, di dalam tokong tersebut dipercayai  mereka menyembah Haji yang berketurunan orang Melayu kerana dipercayai pada zaman dulu punya cerita, Haji ini telah banyak berbuat jasa kepada penduduk-penduduk di Sekinchan ini. Oleh yang demikian, penduduk-penduduk di Sekinchan ini akan selalu datang ke Tokong untuk membuat hajat serta mengucapkan terima kasih untuk sesuatu perkara. Melalui pemerhatian yang kami dapati juga, ‘Patung Haji’ yang disembah itu berpakaian baju Melayu serta bersongkok(sila rujuk di Lampiran A). Selain Haji yang terkenal di tokong yang berdekatan dengan Pantai Redang ini, terdapat juga sebuah pokok yang dikenali sebagai ‘Pokok Hajat’ di luar tokong tersebut. ‘Pokok Hajat’ ini berfungsi sebagai untuk menyampaikan hajat mereka. Mereka akan membaling hajat mereka yang berbentukkan syiling ke atas ‘Pokok Hajat’ tersebut(sila rujuk di Lampiran B). 



5.2 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa haruslah memainkan peranan yang penting dalam membasmi pembuangan sampah  secara berleluasa ini. Selain itu, penduduk di situ juga haruslah sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong secara kerap bagi mengelakkan pembiakan nyamuk AEDES yang kini makin berleluasa di kawasan kejiranan tersebut. Hal ini bukan sahaja memburukkan pandangan di tempat tersebut, malah faktor kesihatan mereka juga dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Aktiviti bergotong-royong sebegini haruslah selalu dipupuk supaya Sekinchan sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih, memandangkan tempat itu seringkali dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan dalam. Seterusnya, bagi pihak yang tidak bertanggungjawab dalam membuang sampah secara merata-rata ini juga, haruslah dikenakan tindakan seperti denda berbentuk wang. Melalui cara ini, pasti di kalangan mereka akan mengurangkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan melalui cara sebegini juga dapat melatih mereka supaya membuang sampah dalam keadaan yang teratur.













PENGENALAN ETNIK HOKKIEN

PENGENALAN ETNIK HOKKIEN


4.1 Etnik-etnik bangsa Cina di Malaysia


Bangsa Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa etnik. Terdapat enam kumpulan etnik yang utama di Malaysia iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Hailam, Teochew dan Hainan.Perbezaan etnik ini wujud kerana mereka dating darit empat dan daerah yang berlainan. Nama-nama bagi setiap etnik ini adalah berdasarkan daerah asal mereka ketika di negara China sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

Orang Hokkien atau jugadikenali sebagai orang Tionghoa berasal dari daerah Fujian di bahagian tenggara Tiongkok. Istilah Hokkien juga disebut sebagai Minnan yang bererti daerah selatan dari daerah Fujian.[1]


4.2 Asal usul Etnik Hokkien


            Masyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah dating ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Terdapat pelbagai faktor penarik yang menyebabkan mereka datang untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka membawa bersama kebudayaan, kepercayaan dan bahasa mereka ke Tanah Melayu. Pegangan mereka terhadap jati diri amat kuat dan sentiasa mengekalkan ciri-ciri yang sewajarnya ada dalam diri masyarakat Cina.


4.3 Tradisi yang berbeza bagi setiap etnik.


Apabila mereka sampai ke Tanah Melayu, mereka membentuk komuniti atau petempatan yang berbeza di seluruh Tanah Melayu. Kesemua etnik ini dikenali dengan budaya tradisi mereka yang tersendiri seperti orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga .manakala orang Hailam mahir dalam membuat kopi, orang Teochew pula di kenali dengan tradisi menangkap ikan dan Kantonis pula lebih dikenali sebagai petani.

Selain daripada Dialek Kantonis dan Dialek Mandarin yang dituturkan oleh kaum Cina di Malaysia, Dialek Hokkien juga merupakan dialek yang terbesar digunakan oleh kaum Cina. Dialek Hokkien dikatakan agak kasar berbanding dengan Dialek Kantonis.

4.4 Aktiviti dan Perayaan Etnik Hokkien


Seperti yang telah dinyatakan, tidak banyak jurang perbezaan di antara setiap Etnik kaum Cina di Malaysia. Contohnya seperti perayaan dan sambutannya adalah seperti Perayaan Tahun Baru Cina dimana semua saudara mara akan menziarahi ibu bapa atau ahli keluarga yang paling tua pada malam sebelum perayaan. Ini merupakan symbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Pada hari kelima belas perayaan ini disebut sebagai Perayaan Chap Goh Mei. Pada hari tersebut ianya adalah hari terakhir bagi bulan penuh yang menandakan penutup kepada perayaan tahun baru.

 Chap Goh Mei ini juga disebut sebagai “Pesta Lampu” kerana lampu-lampu akan dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Selain itu terdapat juga aktiviti makan besar yang sering diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia, ianya dianjur kan sesame ahli keluarga bagi tujuan merapatkan hubungan dan meluangkan masa bersama ahli keluarga. Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan kaum Cina untuk makan besar ialah seperti di Sekinchan. Lokasi ini begitu terkenal sebagai lokasi restoran makanan laut sehingga dipenuhi oleh kaum Cina pada setiap hujung minggu.[2]


4.5 Aktiviti Sosial Etnik Cina di Sekinchan.


            Aktiviti social etnik Cina di Sekinchan kesemuanya berbeza dan sering bergantung antara satu sama lain. Seperti yang telah dimaklumkan kepada kami, etnik Teochew masih mengekalkan tradisi budaya mereka iaitu tradisi menangkap ikan dan kebiasaanya etnik Teochew lebih ramai di kawasan pantai seperti di Sekinchan. Manakala bagi etnik Hokkien pula mereka lebih dikenali sebagai etnik yang mahir dalam perniagaan dan pengurusan wang, di Sekinchan rata-rata peniaga adalah dari etnik Hokkien dan perusahaan mereka telah diasaskan oleh nenek moyang mereka. Manakala etnik Hailam pula lebih dikenali dengan kemahiran membuat kopi yang enak. Etnik Hailan dan Kantonis adalah etnik minoriti di kawasan Sekinchan ini. Bagi etnik Kantonis pula, mereka lebih dikenali sebagai petani dan penempatan mereka kebiasaannya di kawasan bukit dan juga tanah rata yang berhampiran dengan sumber air seperti sungai dan laut. Etnik Kantonis di Sekinchan ini kebanyakannya mengusahakan sawah-sawah padi dan juga kebun buah-buahan.



4.6 Pencapaian Ekonomi di Sekinchan.


Secara umumnya penduduk di Sekinchan majoritinya adalah Kaum Cina. Dari segi ekonomi di Sekinchan pula ianya diketahui sebagai kawasan penanaman padi dan pengilangan beras. Antara kilang-kilang beras yang terdapat di sini ialah Jati dan Lim Trading, terdapat juga beberapa perusahaan beras oleh kaum Cina di sini. Selain itu, sector ekonomi di Sekinchan juga pada masa kini kian tertumpu kepada pelancongan. Antara yang menjadi tumpuan bagi sector pelancongan ialah seperti pantai-pantai dan juga medan ikan bakar yang menjadi tumpuan kebanyakan kaum Cina di sekitar Selangor dan Perak.

Terdapat juga muzium padi dimana ianya menunjukkan bagaimana proses dari penanaman padi sehingga proses pembungkusan beras berlaku. Selain itu, ekonomi kaum Cina di sini juga tertumpu kepada penangkapan ikan, di kawasan ini terdapat beberapa buah jeti nelayan yang turut di kelilingi oleh beberapa kilang bagi memproses hasil laut dan dipasarkan di kedai-kedai dan juga di komersialkan di sekitar Selangor.

4.7 Pencapaian Infrastruktur di Sekinchan

Berdasarkan maklumat yang kami terima, antara pencapaian infrastruktur di Sekinchan ialah seperti dahulunya di sini hanyalah kawasan kampong dan kurang dikenali oleh rakyat Malaysia, tetapi kini Sekinchan telah dibangunkan dengan pembinaan hotel-hotel, apartment mewah, taman perumahan, medan ikan bakar dan juga chalet bagi menggalakkan kawasan ini dikunjungi orang ramai. Selain itu terdapat juga kilang-kilang beras, klinik kesihatan Sekinchan dan sekolah-sekolah bagi memudahkan penduduk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Terdapat 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sekitar Sekinchan, manakala Sekolah Kebangsaan pula terdapat 3 buah di Sekinchan. Terdapat juga sebuah pasar basar basah yang dibangunkan oleh orang Cina dimana nelayan boleh berniaga hasil tangkapan mereka disitu. Di atas factor penduduk yang rata-ratanya adalah kaum Cina, maka di kawasan ini juga terdapat lebih 13 buah tokong Cina.


4.8 Kepercayaan Etnik Hokkien di Sekinchan.


Sewaktu lawatan kami di Sekinchan, kami sempat menemubual seorang penjaga Tokong Datuk di kawasan Pantai Redang di Sekinchan iaitu Encik Wong Ah Chia yang berumur 51 tahun. Dia merupakan penduduk asal di kawasan tersebut dan telah menjagaTokong Datuk sedari 20 tahun yang lepas. Menurut beliau Tokong Datuk ini adalah tokong yang tertua di kawasan Sekinchan dan usianya telah melebihi 100 tahun. Mengikut cerita Encik Wong, tokong ini dibina oleh etnik Teochew bagi menghargai “Datuk” yang kerap membantu nelayan bagi mengelakkan hujan di laut dan persisiran pantai.

Menurut Encik Wong lagi, “Datuk” tersebut masih dilihat sehingga ke hari ini melawati tokong tersebut dengan berpakaian Baju Melayu putih dan bersongkok. Selain itu terdapat juga keistimewaan di Tokong Datuk ini dimana terdapat sebuah pokok yang besar dan tempat bagi memohon hajat oleh kaum-kaum Cina. Mereka akan mengambil sepotong kain merah bertulis mantera dan diikat pada sekeping besi berbentuk bulat, sebelum mereka mencampakkan kain tersebut mereka akan memohon hajat terlebih dahulu dan terus mencampakkan setinggi yang mungkin supaya lebih dimakbulkan oleh Dewa mereka. Hal ini telah membuatkan Tokong Datuk menjadi terkenal dan dikunjungi oleh orang Cina dari Hong Kong dan juga Singapura bagi memohon hajat.





KAMPUNG SEKINCHAN


KAMPUNG SEKINCHAN


3.1 Pengenalan


Sekinchan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di sepanjang laluan pantai Persekutuan 5 antara bandar-bandar Sabak Bernam dan Tanjung Karang. Selain itu, Sekinchan juga telah menjadi sebuah perkampungan nelayan yang meriah. Sekinchan adalah salah satu kawasan pengeluar utama beras Malaysia. Sawah padi yang luas, dengan pengairan yang teratur di sekitar Sekinchan menghasilkan salah satu daripada hasil tertinggi beras di negeri Selangor ini. Sekinchan juga salah satu tempat yang sering dilawati oleh ramai pelawat untuk makanan laut yang segar dari laut. Ia juga menarik pengunjung dari Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat beberapa pengilang padi di kawasan di mana beras keluaran tempatan boleh dibeli.


3.2 Para Penduduk di Kampung Sekinchan


Merujuk kepada Laman Web Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam, terdapat seramai 23, 630 para penduduk di seluruh Sekinchan. Sebahagian besar daripada bilangan para penduduk di Sekinchan ialah masyarakat Cina manakala masyarakat Melayu dan masyarakat India boleh diklasifikasikan dalam kelompok minority. Walaupun masyarakat Cina di[1]Sekinchan adalah majority tetapi mereka hidup bersama, berbilang kaum dengan masyarakat Melayu dan masyarakat India yang minority.

Masyarakat Cina di kampong Sekinchan sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai pesawah dan nelayan.  Terdapat segelintir daripada masyarakat Melayu juga bekerja sebagai pesawah bersama dengan masyarakat Cina. Sejarah mengatakan bahawa sebahagian masyarakat Cina dari Pahang dan Kedah berimigran ke Sekinchan untuk menanam padi dan mencari penempatan baru.  Hasil padi di kampong Sekinchan merupakan hasil  beras yang tertinggi di negeri Selangor. Manakala, hasil laut yang segar menarik perhatian para pengunjung ke Sekinchan untuk menikmati makanan laut. Di Sekinchan juga terdapat banyhak restoran Seafood yang dimiliki oleh masyarakat Cina.

Masyarakat Melayu di kampong Sekinchan bekerja sebagai pesawah dan ada juga memiliki gerai  makanan di kawasan dalaman kampong Sekinchan. Walaupun masyarakat Melayu merupakan salah satu golongan minority di kampong Sekinchan tetapi terdapat sebuah masjid untuk mereka. Selain daripada itu, golongan  minority yang lain ialah masyarakat india. Masyarakat India di Sekinchan tidak ramai. Walaupun golongan yang kecil tetap dilihat membuka restoran makanan di sekitar Sekinchan. Terdapat juga sebuah kuil kecil di luar kampong Sekinchan untuk mereka[2].


3.3Etnik-etnik Cina di Kampung Sekinchan


            Terdapat 4 etnik Cina di kampong Sekinchan iaitu Teochew, Kantonis, Hakka dan Hokkien. Kami dapat informasi daripada Encik Wong Ah Chia, setiausaha YB bahawa setiap etnik mempunyai latar belakang yang berkaitan dengan kerja semasa mereka.  Golongan etnik Teochew didapati ramai di kampong Sekinchan kerana budaya mereka lebih kepada pantai atau laut. Etnik Teochew ramai yang bekerja sebagai nelayan di China. Tradisi ini telah dibawa ke Sekinchan oleh nenek moyang mereka. Ini ialah salah satu sebab ramai masyarakat Cina yang beretnik Teochew ramai dan bekerja sebagai nelayan di kampong Sekinchan ini.

            Tambahan pula, Hokkien juga salah satu etnik Cina yang ramai di kampong Sekinchan ini. Asal usul etnik Hokkien ini menunjukkan bahawa mereka ialah golongan peniaga. Golongan Hokkien ini merupakan peniaga yang sentiasa mengharapkan keuntungan. Di Sekinchan juga terdapat banyak gerai atau kedai yang dimiliki oleh masyarakat Cina. Terdapat sebuah restoran Hokkien yang terkenal di sekitar kampong tersebut.

            Selain itu, golongan etnik Kantonis dan Hakka tidak ramai di kampong Sekinchan tetapi kami juga dapatkan informasi tentang asal usul etnik tersebut. Golongan etnik Hakka merupakan golongan yang menghasilkan kopi. Mereka mahir dalam bidang tersebut. Manakala golongan etnik Kantonis pula merupakan golongan petani. Mereka terlibat dalam bidang pertanian seperti pesawah. Tetapi di kampong Sekinchan ini etnik-etnik tersebut bekerjasama menghasilkan padi tanpa mengira etnik masing-masing.[3]











[3] Encik Wong Ah Chia, Setiausaha Wakil Rakyat Sekinchan, 14 Mac 2015

REFLEKSI TAMADUN CHINA DULU DAN SEKARANG

REFLEKSI TAMADUN CHINA DULU DAN SEKARANG


            Di Tanah Besar China munculnya sebuah tamadun yang bermula kira-kira 4000-2000 tahun yang lalu di Sungai Kuning.Ia dikenali sebagai tamadun China. Tamadun China telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan daripada pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, kepercayaan dan social yang unik. Terdapat beberapa ciri-ciri tamadun China yang masih dipraktikkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Ada juga aspek yang diamalkandalam tamadun China telah diubahsuai mengikut kesesuaian kehidupan pada abad ke-21 ini.


2.1 Keagamaan dan kepercayaan


            Majaroti kaum Cina menganuti agama Buddha.Perkembangan agama Buddha bermula daripada interaksi India.Masyarakat Cina dapat menyesuaikan diri dengan agama Buddha dan sedikit demi sedikit menyerap masuk ke dalam budaya mereka. Di Malaysia, terdapat banyak kuil Buddha kerana majoriti masyarakat Cina menganuti agama Buddha.Salah satu kuil Buddha yang terletak di Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan yang dikenali sebagai Wat Phothivihan menjadi tumpuan ramai menganut agama Buddha dan juga pelancong.Patung Buddha iaitu dikenali sebagai ‘The Sleeping Buddha’ merupakan kedua terbesar di dunia.[1]

Terdapat juga masyarakat Cina yang mengikut fahaman Konfucianisme, Legalis medan lain-lain dalam kelompok yang kecil.



2.2 Bahasa dan tulisan


            Muka bumi tanah China yang  luas  telah  mempengaruhi kemunculan pelbagai loghat dalam sesebuah kawasan. Secara umumnya, terdapat 7 kumpulan loghat iaitu Gan ( Jiangxinese), Guan ( Mandarin atau Beifanghua ), Kejia ( Hakka ), Min ( termasuk dengan Hokkien dan Taiwanese), Wu ( termasuk  variasi Shanghainese ), Xiang ( Hunanese ) dan Yue ( termasuk Cantonese dan Taishanese ). Namun dalam zaman moden ini, loghatCinatelahdikategorikankepadaMandarin, Wu, Yue, Min, Xiang, Hakka danGan. Di Malaysia, bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi bagi kaum Cina kerana majoriti kaum Cina berkomunikasi dengan loghat ini. Terdapat juga beberapa kelompok masyarakat Cina yang  masih mengunakan bahasa atau loghat keturunan mereka dalam konteks sosial mereka.

            Tulisan Cina bermula pada lewat Dinasti Shang ( 1600-1100 S.M  ). Ia muncul sebagai  lukisan yang dikenali sebagai ideology. Gambar – gambar ini juga dikenali sebagai ‘The oracle bone script’ kerana ia di jumpai terukir pada tulang binatang dan kulit kura – kura. Menggabungkan ideology telah mula member makna baharu.Pada Dinasti  Han mulanya sistem tulisan baharu iaitu Hanzi. Daripada gambar ia telah berkembang menjadi lebih mudah dengan teknik strok. Tulisan Hanzi berdasarkan satu – satu huruf dan ia memiliki kira- kira 50, 000 patah perkataan namun masyarakat Cina hanya mengetahui sebanyak 3,000 perkataan sahaja. Tulisan Cina adalah antara tertua di dunia dan ia telah bangsa lain dalam sistem tulisan iaitu Jepun,[2][3] Korea dan Vietnam. Walaupun dalam  zaman moden ini, system tulisan Cina masih berdiri teguh dan digunakan oleh masyarakat Cina untuk berkomunikasi dan berkongsi ilmu.


2.3 Perayaan


            Tahun  Baru  Cina disambut dengan meriah oleh masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia malah di seluruhdunia.Tahun Baru Cina disambut pada hari pertama kalender Cina.Asal-usulnya dikaitkan dengan binatang ganjil yang, nian pada zaman purba.Ia telah membunuh manusia dan binatang peliharaan di kampung-kampung orang Cina. Orang ramai mengecat rumah mereka dan memakai baju berwarna merah, membunyikan gong dan membakar mercun untuk menakutkan binatang tersebut.Dengan ini, nian tersebut tercedera dengan teruk dan hilang selamanya.Masyarakat Cina zaman ini masih mengekalkan tradisi mereka iaitu main mercun serta warna merah menjadi pilihan mereka pada Tahun Baru Cina.Tidak dilupakan juga tradisi makan malam bersama keluarga sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.Yee Sang menjadi menu utama makan malam tersebut.Namun terdapat juga tradisi yang tidak lagi diamalkan atau jarang dijumpai iaitu membuat kuih nian dan mereka piusi untuk perayaan Tahun Baru Cina yang dilakukan seminggu sebelum perayaan ini.

            Terdapat sambutan perayaan yang lain yang disambut dan diamalkan oleh masyarakat Cina seperti Hari Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya perayaan Tahin Baru Cina dan juga perayaan Kuih Bulan. Ia disambut sempena kemenangan orang Cina pada akhir Dinasti Yuan yang menumpaskan penjajah Mongol. Kuih Bulan yang diperbuat daripada adunan manis sebagai simbol kemenangan.



2.4 Budaya dan tradisi


                   Terdapat pelbagai budaya dan tradisi kaum Cina.Salah satunya adalah tradisi untuk kelahiran.Apabila seorang bayi dilahirkan ketua keluarga yang tertua akan memberi nama yang bertuah kepada bayi tersebut. Setelah sebulan, keraian akan dilakukan. Pada zaman dulu, sambutan ulang tahun hanya dilakukan setelah seseorang itu memcecah umur 50 tahun.Namun pada zaman ini, sambutan ulang tahun diri akan setiap tahun dan ibu bapa seseorang bayi boleh memberi nama pilihan mereka.

                   Dari segi perkahwinan, terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat jika dibandingkan dengan tradisi asal.  Orang Cina pada masa dahulu akan mengamalkan enam upacara sebelum perkhawinan yang diperkenalkan sejak tahun 1066-63 S.M. Pada hari perkahwinan, pasangan pengantin berpakaian berwarna merah dan pengantin perempuan menutupi mukanya dengan sehelai kain. Upacara minum teh dilakukan sebagai tanda restu daripada Tuhan dan ibu bapa.Walaupun masyarakat Cina pada abad ini masih mengamalkan beberapa tradisi asal mereka namun terdapat banyak perubahan seperti pasangan kini lebih mementingkan percintaan sebelum berkahwin serta menyerap adat Barat iaitu pertukaran cincin dalam perkahwinan moden.

                   Dalam konteks kematian, masyarakat Cina pada masa kini masih mengamalkan tradisi asal mereka seperti mayat yang dimasukkan dalam keranda akan ditempatkan meghala ke pintu yang bermaksud kerelaan untuk meninggalkan dunia. Selain itu, ahli keluarga memakai baju berwarna hitam dan biru sebagai tanda berkabung.Upacara berkabung ini biasanya dijalankan selama tujuh atau 49 hari.Kebanyakan kaum Cina akan mengebumikan mayat mengikut fengshui dan terdapat juga masyarakat Cina yang membakar mayat dan ia biasanya dilakukan oleh menganut agama Buddha.    [4]

Contoh Pernyataan Masalah Kerja Kursus

1.2. Penyataan Masalah
Perbezaan antara kaum dijurangkan dari segi bahasanya,budayanya dan komunikasinya. Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Bagi kaum cina yang mempunyai pelbagai dialek, bahasa mandarin standard menjadi jalan untuk berhubung antara kaum Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan sebagainya.
Orang cina punyai cara hidup mereka tersendiri begitu juga melayu dan india.Masing-masing punya budaya tersendiri untuk hidup. Namun kaum-kaum yang ada di sini tidak hanya terlibat dalam kelompok kaum mereka sendiri. Hal ini dinyatakan Pembantu Peribadi YB Ng Suee Lim(Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sekinchan) iaitu Encik Wong Ah Chia. Masalah sampah yang melibatkan kebersihan Sekinchan menjadi masalah utama.  Budaya pengotor dan membuang sampah merata-merata bukan satu budaya yang baik bukan datang dari ajaran dari budaya cina, india mahupun melayu. Kempen kebersihan yang dijalankan di sana oleh YB Ng Suee Lim dari parti DAP(Democary Action Party) seolah-olah tidak efektif lantaran budaya kita yang golongan majoriti iaitu warga emas tidak mahu mengikut peraturan menjaga kebersihan. Moralnya di sini sesiapa yang berhenti belajar itu adalah orang tua walaupun orang itu berumur 20 tahun ataupun 80 tahun. Sesiapa yang terus belajar akan kekal muda. Benda yang paling hebat dalam hidup ialah mengekalkan minda anda terus muda.[1]  Walaubagaimanapun YB Ng sangat memperdayakan usahanya mempromosi Sekinchan. Kalau dahulunya Sekinchan cuma dikenali dengan tempat bertani, aktiviti nelayan dan kampung-kampungnya sahaja. Tapi kini Sekinchan sudah membangun dengan tempat-tempat menarik untuk melancong, terbinanya resort di sana sini juga restoran-restoran makanan laut.
Fokus kajian ini adalah untuk meninjau budaya cina di Sekinchan di sebalik perubahan dan pencapaian ekonomi dan infrastruktur serta pertembungan budaya cina dan dan budaya lain di sini.





[1]Henry Forddalam Get Sh*t Done(England 2014),Penguin Group.

Contoh Objektif Kerja Kursus

1.2 Objektif
1.         Mengenal pasti perbezaan antara setiap kaum.
2.         Mengkaji interaksi tamadun budaya China di Sekinchan dengan melihat refleksi dulu dan  
              sekarang.
3.         Mengkaji mengenai tamadun budaya China di Sekinchan.
4.         Memperkenalkan daerah Sekinchan.

5.           Fokus kepada kaum Teochew dan budaya kaum tersebut di Sekinchan.

Contoh Latar Belakang Masalah Kerja Kursus

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Kebudayaan dapat didefinisikan sebagai sebuah sistem, dimana sistem itu terbentuk dari perilaku, baik itu perilaku badan ataupun fikiran. Dan ini berkaitan rapat  dengan adanya masyarakat, di mana pergerakan yang dinamik dan dalam kurun waktu tertentu akan menghasilkan sebuah  sistem tersendiri dalam kumpulan masyarakat.

Dalam konteks daerah Sekinchan di Selangor, Malaysia. Ia terdiri dari berbagai suku bangsa yang sangat kaya dengan beraneka ragam budaya yang menjadi bagian dari suku bangsa tersebut.  Terdapat bilangan majoriti masyarakat cina yang tamadunnya mencapai 100 tahun bertapak di sini. Masyarakat cina kaum Teochew, Hailam, Hokkien dan Kantonis hidup bersama masyarakat melayu dan india di Sekinchan. Rangkaian  budaya Teochew tradisinya menangkap ikan dan kaum Kantonis tradisinya menjadi petani menjual hasil tangkapan dan tuaian mereka kepada kaum Hokkien yang tradisinya meniaga. Kaum Teochew, Kantonis dan Hokkien setelah penat lelah bekerja pergi melepak dan minum-minum di kedai kepunyaan kaum Hailam yang kemahirannya ialah membuat kopi.

Contoh Motto Kerja Kursus

MOTTO




“ Mudah menjadi lain dari yang lain tetapi sangat sukar untuk menjadi yang lebih baik”

Contoh Kata Penghargaan Kerja Kursus

KATA PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpahan kurnia-Nya selama kami bernafas di bumi-Nya. Dengan izin Allah, segala urusan dalam menyiapkan kerja kursus untuk subjek Tamadan Islam dan Tamadun Asia ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
   Setinggi-tinggi perhargaan untuk pensyarah kami, Ustaz Adlin di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau selama ini. Terima kasih juga kepada ahli keluarga kami yang tidak pernah putus memberi semangat serta sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menjalankan kerja kursus ini.
    Tidak dilupakan juga rakan-rakan kami yang sudi membantu kami dalam memberi buah fikiran dan berkongsi maklumat kepada kami.
    Terima kasih kepada YB Ng Suee Lim (Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Sekinchan) yang sudi memperkenalkan pembantu peribadinya iaitu Encik Wong Ah Chia untuk membimbing kami di Sekinchan.

Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung. Semoga mereka sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-Nya.

Contoh Kata Pendahuluan Kerja Kursus

                                                  KATA PENDAHULUAN
                        “Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang”
Segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, serta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya.
             Kami telah memilih tajuk “Interaksi Antara Tamadun Tertumpu Kepada Masyarakat Cina Hokkien di Sekinchan, Selangor”. Ia satu tajuk yang dapat dikupas kepada beberapa segi kerana terdapat budaya dan tradisi yang menarik boleh kita kaji apabila masyarakat Hokkien ini bertembung dengan tamadun lain dan budaya serta tradisi kaum-kaum yang lain. Cara hidup serta interaksi antara tamadun ini kami dilampirkan bersama bagi tujuan rujukan dan maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk ini. Cadangan untuk menyelesaikan beberapa isu di Sekinchan kami sertakan sekali juga.

Kami berharap segala maklumat, pengetahuan dan buah fikiran yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada pembaca. Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, April 8, 2015

Pengisian di surau hostel siswi Unisel Bj part 1

Oleh Ustaz abd Rahman

Ilmu itu kita belajar untuk taat pada Allah dan untuk kita amal.

Banyak tanya..banyak songeh.. tapi tak beramal dan beriman?

Macamana hebat ilmunya kalau tiada sifat taat..tiada gunanya

Kalau doa mendapat hidayat adalah wajib tunjukilah kami jalan yang lurus apatah lagi usaha untuk mendapat hidayah

Bila iman kita lemah.. kita kena dakwah. Cerita pasal Allah. Cerita pasal islam. Sepertimana satu syarikat nk promote syarikatnya menggunakan iklan

Allah uji untuk angkat darjat kita

Ilmu membuat kita semakin dekat kepada Allah dan takut kepada Allah.. jika kita semakin belajar kita semakin jauh dari Allah.. itu bukan ilmu.. tapi cuma maklumat.

Zikir ini.. ialah kita ingat apa yang melanggar perintah Allah dan apa yang Allah hendak daripada saya

Walaupun orang itu tidak belajar mendalam tentang agama.. tapi kita semakin takut kepada Allah.. itu lebih baik.

Nabi kita tidak pernah marah jika ada yg maki atau mencacinya. Tapi hari ini kita matah orang caci maki..hina nabi kita. Sebenarnya yang paling nabi marah ialah orang tidak datang masjid

intense database