Saturday, July 13, 2013

Ish, Ramadan datang lagi! VS Yeaaa, Ramadan datang lagi!

            

Masa kecil dulu saya tak suka bulan Ramadan sebab:
Nanti lapar.
Nanti badan jadi lemah.
Nanti mulut jadi busuk.
Nanti adik kecil saya makan depan saya, saya jadi tak keruan.
Nanti nak mandi laut atau sungai tak boleh sebab dikatakan makhruh.
Nanti bosan kalau Ramadan jatuh waktu cuti sekolah atau hujung minggu sebab tak boleh pergi mandi di sungai atau laut.
Nanti kena tolong mak masak dengan badan yang lemah.
Masa ke masa saya belajar ambil tahu mengenai bulan Ramadan.Saya semakin suka Ramadan sebab:
Nanti boleh jimatkan duit sebab siang tak perlu makan .Bulan Ramadan bulan untuk rehatkan perut. Perut mana ada mulut nak minta rehat. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Bulan Ramadan bulan perut rehat.
Nanti kita akan diberi rehat berbanding masa bulan-bulan terdahulu kita asyik sibuk dan nak dapat rehat memang susah.
Nanti kita akan kurang bercakap. (Yelah, mulut kitakan busuk.Malu nak cakap banyak-banyak.Tapi tahukah anda bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah s.w.t. Si Perokok pula boleh berlatih berhenti merokok.
Nanti saya okay je kalau ada orang makan depan saya. Saya kan dah besar panjang. Hahaha. Lagipun, Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan. Kalau saya nak batalkan juga puasa, siapalah setan tu ya?
Nanti-nanti je mandi laut dan sungai. Inilah masa untuk memerhatikan ciptaan Allah dan berzikir mengingati-Nya Bulan Ramadan baca quran tepi pantai? Uwauuuu

Nanti kalau banyak masa terluang. Isikan saja dengan membaca Al-Quran. Dahla Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan. Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan

Nanti saya masak sendiri dengan kawan-kawan.Bulan Ramadan juga bulan rahmat. Ada je dapat makan percuma. Jimat betul bulan puasa

intense database